Selamatkan
Bumi Palestine
Awan gelap
Jahiliyah telah menutupi sepenuhnya Jazirah Arab. Perbuatan buruk dan haram,
perang berdarah, perompakan, dan pembunuhan bagi memusnahkan seluruh kebajikan
telah menyebabkan masyarakat Arab berada dalam situasi yang hina dan penuh
kederhakaan. Pada waktu itulah muncul bintang pagi kemakmuran; suasana gelap
itu kini disinari kelahiran Nabi Suci yang dinanti-nantikan. Mulalah langkah
awal menuju pembangunan peradaban, kemajuan, dan kemakmuran bagi bangsa
terbelakang ini. Segera cahaya ini menyinari seluruh dunia; asas-asas
pengetahuan, kearifan, dan peradaban pun diletakkan.
Setiap
lembaran kehidupan orang-orang besar layak dikaji dan diteliti dengan cermat.
Kadang-kadang keperibadian seseorang demikian besar dan agung sehingga seluruh
tahap kehidupannya, bahkan masa bayi dan kanak-kanaknya, menjadi misteri.
Kehidupan orang-orang cerdas, pemimpin masyarakat dan pelopor kafilah
peradaban, biasanya menarik dan mengandungi peristiwa-peristiwa aneh dan
menakjubkan. Sejak lahir hingga mati, kehidupan mereka mengandungi misteri.
Masa kanak-kanak dan remaja orang besar sungguh mengagumkan dan ajaib.
Taurat dan
Al-Quran menggambarkan masa kanak-kanak Nabi Musa sebagai penuh misteri, dengan
menyebutkan, “Ratusan anak tak berdosa dipancung supaya Musa tidak dilahirkan.
Namun, kerana Allah menghendaki kemunculannya di dunia, maka bukannya musuhnya
berbuat jahat kepadanya, malah Fir’aun sendiri, musuh terbesarnya, menjadi
pengasuhnya.”
Al-Quran
merakamkan, “Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu (ibu Musa) suatu ilham, iaitu,
Letakkanlah ia (Musa) di dalam peti, kemudian lemparkanlah ke dalam sungai
(Nil), maka pasti sungai itu membawanya ke tepi, supaya diambil oleh musuh-Ku
dan musuhnya (Fir’aun).” Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang-Ku, supaya
kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku. (Iaitu) ketika saudaramu yang perempuan
berjalan lalu ia berkata (kepada keluarga Fir’aun), “Bolehkah saya menunjukkan
kepadamu orang yang akan memeliharanya?” Maka Kami mengembalikanmu kepada
ibumu, agar senang hatinya dan tidak berduka cita …..”(Surah Thaha : 38-40)
Masa
kehamilan, kelahiran, dan pengasuhan Nabi Isa bahkan lebih ajaib lagi.
Al-Quranul Karim menuturkan masa pertumbuhan Isa sebagai berikut:
“……Kami mengutus roh Kami (Malaikat Jibril) kepadanya (Maryam), maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia sempurna. Maryam berkata, ‘Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa.’ Ia (Jibril) berkata, ‘Sesungguhnya aku hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci.’ Maryam berkata, ‘Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki yang suci padahal tidak ada seorang manusia pun yang menyentuhku, dan aku bukan pula seorang penzina.’ Jibril berkata, ‘Demikianlah. Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”
“……Kami mengutus roh Kami (Malaikat Jibril) kepadanya (Maryam), maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia sempurna. Maryam berkata, ‘Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa.’ Ia (Jibril) berkata, ‘Sesungguhnya aku hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci.’ Maryam berkata, ‘Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki yang suci padahal tidak ada seorang manusia pun yang menyentuhku, dan aku bukan pula seorang penzina.’ Jibril berkata, ‘Demikianlah. Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”
“Maka Maryam
mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang
jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal
pohon kurma. Dia berkata, ‘Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan
aku menjadi sesuatu yang tidak bererti serta terlupakan.’ Maka Jibril
menyerunya dari tempat yang rendah, ‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya
Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon
kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak
kepadamu. Maka minum, makan, dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat
seorang manusia, maka katakanlah, “Sesungguhnya aku telah bernazar untuk
berpuasa demi Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan
seorang manusia pun pada hari ini.”
“Lalu Maryam
membawa anak itu kepada kaumnya. Kaumnya berkata, ‘Hai Maryam, sesungguhnya
kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar. Hai saudara perempuan Harun,
ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah
penzina.”
“Maka Maryam
menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata, ‘Bagaimana kami akan berbicara dengan
anak kecil yang masih di dalam ayunan?”
“Berkatalah
bayi itu (Isa), ‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberiku Alkitab
dan Dia menjadikan aku seorang Nabi.”(Surah Maryam : 17-30)
Bila orang yang
beriman kepada Al-Quran dan Taurat, dan pengikut Nabi Isa, membenarkan
fakta-fakta di atas berkaitan dengan kelahiran dua Nabi besar tersebut,
seharusnya mereka tidak hairan terhadap peristiwa-peristiwa luar biasa yang
menyertai kelahiran Nabi Muhammad SAW. Kita ketahui dari sejarah dan hadis
bahawa ketika Nabi Muhammad lahir, dinding istana Khosrow retak dan beberapa
menaranya runtuh. Api kuil di Parsi padam. Tasik Sawah mengering.
Berhala-berhala di Kaabah tumbang. Cahaya dari tubuh Nabi naik ke langit dan
menerangi tempat-tempat yang dilaluinya. Anusyirwan dan pendita-pendita
Zarahustra bermimpi yang menakutkan. Ketika lahir, Nabi suci itu sudah disunat
dan pusatnya pun sudah dipotong. Saat lahir ke dunia, baginda berkata, “Allahu
Akbar, Alhamdulillah, Dia-lah yang harus disembah siang dan malam.”
Semua
keterangan ini disajikan dalam naskhah sejarah yang benar dan dalam koleksi
hadis-hadis sahih.(Bihar Al-Anwar, XV, Bab 3, m.s. 231-248) Memperhatikan
fakta-fakta menyangkut Nabi Musa dan ‘Isa, yang dikemukakan di atas, tak ada
dasarnya untuk ragu dalam penerimaan kejadian-kejadian ini.
Para penulis
sirah (sejarah/biografi) Nabi umumnya sepakat bahawa Nabi Muhammad lahir di
Tahun Gajah 570 M. Adalah pasti bahawa baginda kembali ke sisi Allah tahun 632
M. Bila saat itu usianya 62-63 tahun, bererti baginda lahir tahun 570 M.
Hampir semua
ahli hadis dan sejarawan sepakat bahawa Nabi lahir di bulan Rabiulawal,
walaupun mereka berbeza pendapat tentang tanggalnya. Ulama-ulama Ahlus Sunnah
Wal Jemaah sepakat bahawa baginda lahir pada hari Isnin, tanggal 12 bulan yang
sama.
Hari ketujuh
telah tiba. Seekor domba disembelih Abd al-Muttalib sebagai ungkapan rasa
syukurnya kepada Allah. Sejumlah orang dijemput untuk menghadirinya. Di hari
perayaan yang besar itu, dihadiri oleh kebanyakan orang Quraisy, ia menamakan
cucunya “Muhammad”. Ketika ditanya mengapa ia menamakannya Muhammad padahal
nama itu jarang dipakai orang Arab, ia menjawab, “Saya berharap ia terpuji di
syurga mahupun di bumi.”
Dalam kaitan
ini, Hasan bin Tsabit berkata, “Sang Khaliq mengambil nama Rasul-Nya dari
nama-Nya sendiri. Dengan demikian, sementara Allah adalah Mahmud (terpuji),
Nabi-Nya adalah Muhammad (patut dipuji). Kedua-dua kata ini diambil dari akar
kata yang sama dan mengandungi makna yang sama pula”.
Pastilah
bahawa ilham suci memainkan peranan dalam pemilihan nama ini, kerana walaupun
nama “Muhammad” dikenali di kalangan orang Arab, hanya segelintir orang hingga
waktu itu yang diberi nama yang sama. Menurut bancian yang pasti, yang
dikumpulkan para sejarawan, hanya enam belas orang yang diberi nama ini sebelum
Nabi.”
Hampir tak
perlu dikatakan, semakin sedikit suatu kata digunakan, semakin kecil pula
peluang salah faham tentang kata itu. Kerana Kitab-kitab Suci telah meramalkan
kedatangan Islam berikut nama serta tanda-tanda rohaniah dan jasmaniah yang
khusus dari Nabi, maka tanda-tandanya haruslah demikian jelas sehingga tidak
muncul suatu kekeliruan. Salah satu tanda itu adalah nama Nabi. Penting bahawa
nama itu harus dipakai oleh demikian sedikit orang sehingga tidak ada keraguan
atas identitinya, khususnya bilamana sifat dan tanda-tandanya dicantumkan.
Dengan begitu, orang yang kemunculannya telah diramalkan oleh Taurat dan Injil
ini dapat dikenali dengan mudah. Al-Quranul Karim menyebut dua nama Nabi. Dalam
surah Ali Imran ayat (138), Muhammad ayat (2), al-Fath ayat (29), dan al-Ahzab
ayat (4), baginda disebut Muhammad, sedang dalam surah ash-Shaf ayat (6), baginda
disebut Ahmad. (Perbezaan ini, sebagaimana dicatat sejarah, adalah kerana
ibunda Nabi sudah menamainya Ahmad sebelum datuknya menamai Muhammmad).
Nabi disusui
ibunya hanya selama tiga hari. Selepas itu, dua wanita lain mendapat kehormatan
menjadi ibu susunya.
a. Suwaibah:
wanita hamba sahaya Abu Lahab.
Ia menyusui
Nabi selama empat bulan, dan kerap mendapat pujian Nabi dan isterinya yang
soleh, Khadijah, sepanjang hidupnya. Setelah dilantik sebagai Nabi, Nabi
berniat membelinya. Baginda mengirim seseorang menghadap Abu Lahab untuk
mengadakan tawar-menawar, namun Abu Lahab menolak menjualnya. Bagaimanapun,
Suwaibah menerima bantuan dari Nabi sepanjang hidupnya. Sekembalinya Nabi dari
Perang Khaibar, berita kematian Suwaibah sampai kepada baginda. Tanda kesedihan
terlihat di wajahnya. Baginda mencari putera Suwaibah, dengan maksud memberi
bantuan, tapi baginda dilaporkan bahawa anak Suwaibah juga sudah meninggal
lebih dahulu.
b. Halimah:
puteri Abi Zuwaib dari suku Sa’ad bin Hawazan. Ia mempunyai tiga anak:
Abdullah, Anisah, dan Syima’. Syima’ juga turut mengasuh Nabi.
Sudah
menjadi kebiasaan, keluarga bangsawan Arab mempercayakan anak-anaknya kepada
wanita penyusu. Biasanya para ibu susu itu tinggal di luar kota, sehingga
anak-anak dapat dibesarkan di udara gurun yang segar serta tumbuh kuat dan
sihat. Selain itu, di persekitaran gurun, anak-anak juga tak mudah ketularan
penyakit seperti di kota Makkah. Mereka juga dapat belajar bahasa Arab di
kawasan yang masih asli ini. Para penyusu suku Bani Sa’ad sangat terkenal di
kawasan ini. Mereka mengunjungi Makkah pada waktu-waktu tertentu, lalu
masing-masing membawa pulang seorang bayi.
Empat bulan
selepas kelahiran Nabi, ibu-ibu penyusu Bani Sa’ad mengunjungi Makkah. Tahun
itu mereka sedang mengalami kemarau yang teruk, sehingga sangat memerlukan
pertolongan keluarga-keluarga bangsawan.
Bayi Quraisy yang baru lahir itu tidak mahu mengisap buah dada wanita penyusu mana pun. Kebetulan Halimah datang dan anak itu pun menyusu padanya. Keluarga Abd al-Muttalib sangat gembira. Abd al-Muttalib berkata kepada Halimah, “Engkau dari suku mana?” Jawabnya, “Dari suku Bani Sa’ad”. Lalu Abd al-Muttalib menanyakan namanya. Abd al-Muttalib sangat gembira mengetahui nama dan sukunya seraya berkata. “Bagus! Bagus! Dua kebiasaan yang baik dan dua sifat yang mulia. Yang satu kebahagiaan dan kemakmuran, dan yang lainnya kelembutan dan kesabaran.”
Bayi Quraisy yang baru lahir itu tidak mahu mengisap buah dada wanita penyusu mana pun. Kebetulan Halimah datang dan anak itu pun menyusu padanya. Keluarga Abd al-Muttalib sangat gembira. Abd al-Muttalib berkata kepada Halimah, “Engkau dari suku mana?” Jawabnya, “Dari suku Bani Sa’ad”. Lalu Abd al-Muttalib menanyakan namanya. Abd al-Muttalib sangat gembira mengetahui nama dan sukunya seraya berkata. “Bagus! Bagus! Dua kebiasaan yang baik dan dua sifat yang mulia. Yang satu kebahagiaan dan kemakmuran, dan yang lainnya kelembutan dan kesabaran.”
Sejarah
meriwayatkan bahawa kehidupan Nabi penuh peristiwa menakjubkan sejak masa awal
masa kanak-kanak hingga kerasulannya. Semuanya mengandungi aspek kebesarannya.
Keseluruhannya menunjukkan bahawa kehidupan Nabi tidaklah biasa.
Kini kita
tampilkan dua kejadian dari sejarah hidup Nabi yang misteri dan ajaib. Bila
kisah ini dihayati, maka ianya adalah meyakinkan kita tentang kebesaran dan
kemuliaan Nabi SAW.
a.
Halimah berkata: “Ketika memikul tanggungjawab membesarkan bayi Aminah, saya
memutuskan menyusui sang bayi di situ juga di hadapan ibunya. Saya masukkan
puting buah dada kiri yang berisi susu ke mulutnya, tetapi si bayi lebih suka
susu sebelah kanan. Padahal buah dada kanan itu tak ada susunya sejak kelahiran
anak saya yang pertama. Kerana desakan si bayi, saya menyusuinya dengan sebelah
kanan yang kosong itu dan, sebaik saja ia menghisap, sumber yang kering itu pun
berisi penuh susu. Kejadian itu membuat semua yang hadir kehairanan.”
b.
Halimah juga mengatakan: “Sejak membawa Muhammad ke rumah, saya menjadi lebih
makmur. Harta dan ternak saya meningkat.”
Kita dapati
peristiwa serupa dalam Al-Quranul Karim berkaitan dengan Maryam (ibunda Nabi
Isa). “Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal
pohon kurma. Dia berkata, ‘Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan
aku menjadi sesuatu yang tidak berguna serta terlupakan.’ Maka Jibril
menyerunya dari tempat yang rendah, ‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya
Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu dan goyanglah pangkal pohon
kurma ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak
kepadamu.”(Surah Maryam : 23-25)
Memang
terdapat perbezaan besar antara Maryam dan Halimah dari sisi kedudukannya, dan
perbezaan serupa juga ada di antara dua bayi itu. Namun, jika martabat dan
keunggulan peribadi Maryam menjadikannya memperolehi rahmat Ilahi, maka tidak
mustahil kedudukan dan darjat si bayi Muhammad di kemudian hari menjadikan ibu
susunya layak mendapat kurnia Allah.
Lebih jauh
kita ketahui tentang Maryam dari Al-Quran. Kesucian dan kesolehannya telah
mengangkatnya sedemikian rupa sehingga, “Setiap kali Zakaria masuk untuk
menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata, ‘Dari
mana kamu memperolehi (makanan) ini?’ Maryam menjawab, ‘makanan itu dari sisi
Allah.”(Surah Ali Imran : 37)
Berdasarkan
ini, tidak seharusnya kita ragu akan kebenaran mukjizat Nabi, apalagi
menganggapnya mustahil.
Nabi tinggal
selama lima tahun bersama suku Bani Sa’ad dan tumbuh sihat. Selama itu, ada dua
atau tiga kali Halimah membawanya menemui ibunya.
Kali pertama
Halimah membawanya kepada ibunya adalah ketika masa menyusuinya selesai. Namun,
Halimah mendesak Aminah untuk mengembalikan anaknya kepadanya. Alasannya, anak
itu telah menjadi sumber kurnia dan rahmat baginya. Alasan ibunya mengabulkan
permintaan Halimah adalah lantaran wabak penyakit sedang melanda Makkah waktu
itu.
Kali kedua Halimah
membawa Muhammad ke Makkah bertepatan dengan datangnya sekumpulan pendita dari
Etiopia di Hijaz. Mereka melihat anak itu di kalangan suku Bani Sa’ad. Mereka
mendapatkan bahawa semua tanda Nabi yang akan datang sesudah Nabi Isa,
sebagaimana disebutkan dalam Kitab-kitab Suci, ada pada anak itu. Kerana itu,
mereka memutuskan untuk menguasai anak itu bagaimanapun caranya, dan akan
membawanya ke Ethiopia, supaya negeri itu memperolehi kehormatan mempunyai
Nabi.
Sebagaimana
disebutkan dalam Al-Quran, tanda-tanda Nabi Muhammad telah diceritakan dalam
Injil. Oleh itu, sangatlah wajar bila para pendita waktu itu dapat mengenali
orang yang tanda-tandanya lengkap. Al-Quran mengatakan dalam kaitan ini. “Dan
ingatlah ketika Isa Putera Maryam berkata, ‘Hai Bani Israil, sesungguhnya aku
adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu
Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (akan datangnya) seorang rasul
sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).’ Tapi tatkala rasul itu datang kepada
mereka dengan bukti-bukti yang nyata, mereka berkata, ‘Ini adalah sihir yang
nyata.”Suarh Ash-Shaf : 6.
Ada lagi
ayat lain yang menunjukkan dengan jelas tanda-tanda Nabi Muhammad di dalam
Kitab-Kitab Suci, dan orang-orang terdahulu mengetahui hal itu dalam Surah
Al-A’raf : 157
No comments:
Post a Comment